p.s update : hello… to all commenter’s, i think.. we should not condemn the religion but the person who publish it ( the editor), the reporter and whoever that is involve in this. This is not about Islam and Catholics, this is about the integrity and professionalism of the reporter and the magazine itself. So please don’t get out of topic and condemn Islam and create racial tension. We already enough have of it, we don’t need more.
I will write this post in Bahasa Melayu because the post that i am about to write is on an Islam magazine and is directed to those who read this magazine. So to those who don’t understand a word, get google translator. xD
Beberapa hari yang lalu, kawan saya menunjukkan sebuah artikel yang terkandung di dalam Majalah Al-Islam. Majalah Al-Islam adalah majalah yang berfokuskan kepada agama Islam dan sepatutnya berunsur informatif. Apa yang mengejutkan saya apabila saya membaca artikel yang terkandung di dalam majalah tersebut ialah, bagaimana majalah yang berkonsepkan Islam ini boleh terpesong daripada fokus mereka dan sewenang-wenangnya menhina ajaran agama lain?

.jpg)
gambar diperoleh dari http://www.dustyhawk.com
Untuk pengetahuan para pembaca, artikel tersebut berjudul “Tinjaun Al Islam Dalam Gereja:Mencari Kesahihan Remaja Murtad”. Artikel tersebut menceritakan pengalaman pemberita yang menyamar sebagai penganut agama Katolik dan bersama-sama menyertai upacara penyembahan Tuhan Yesus pada hari Ahad untuk menyiasat dakwaan ‘pemberi maklumat mereka’ yang kononya Gereja Katolik memesongkan pelajar Islam IPT supaya menganuti agama Katolik.
Artikel sebegini amat mengejutkan terutamanya apabila dicetak oleh majalah yang berkonsepkan Islam. Adakah ajaran Islam memerlukan seseorang supaya mengintip upacara penyembahan agama lain di dalam tempat ibadat mereka sendiri dan secara langsung menhina ajaran agama tersebut?
Saya tidak fasih dalam ajaran agama Islam mahupun mengetahui serba sedikit tentang agama tersebut, tetapi saya masih ingat dalam subjek Sejarah tingkatan 4 bab Sejarah Islam, bab tersebut menceritakan Nabi Muhammad sebagai seorang yang penyayang dan amat menghormati agama lain. Nabi Muhammad juga berusaha untuk mendamaikan orang Arab yang beragamakan Islam dan mereka yang berbangsa Yahudi (Kristian). Nabi Muhammad adalah contoh terbaik bagi penganut agama Islam yang agama Islam mementingkan tolak ansur dengan mereka yang berlainan bangsa atau ugama.
Apa yang terkandung di dalam Majalah Al-Islam ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang saya pelajari semasa saya berada di tingkatan 4. Saya diajar yang Islam adalah agama yang suci, penyayang, bertolak ansur dan adil, tetapi apabila saya terbaca artikel tersebut, saya mula mempersoalkan kesahihan kandungan buku Sejarah tersebut. Saya tidak faham apa sebabnya pemberita ini sangat berani untuk melakukan perbuatan terkutuk mereka yang salah disisi agama mereka mahupun hati nulari/moral mereka.
Saya faham yang pemberita ini hanya mahu mencari kebenaran, tetapi kebenaran yang menlanggar hak asasi dan menganggu hak privasi seseorang adalah perbuatan yang terkutuk dan terhina. Bagi mereka yang sudah membaca artikel tersebut, anda tentu tahu yang artikel itu menyatakan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang berbangsa Melayu. Apa yang mereka nampak hanyalah orang Indonesia dan Filipino yang mirip mereka yang berbangsa Melayu. Sudah sah, dakwaan pemberi maklumat mereka adalah jauh daripada kebenaran. Jadi, apakah sebabnya, apakah logikanya, untuk menerbitkan artikel tersebut? Adakah untuk menghina agama tersebut? Atau adakah mereka tidak mempunyai bahan lain untuk diterbitkan? Jika ya, saya tumpang sedih untuk anda kerana saya amat meragui tahap keprofesionalan anda dan akhlak anda, sebagai seorang pemberita dan penganut agama Islam yang sangat disanjungi diseluruh dunia.
Saya juga berasa sangat terkejut dengan perbuatan pemberita ini, yang saya klasifikasikan sebagai AMAT HINA, JAHLIL dan tidak MENGHORMATI AGAMA LAIN. Perbuatan makan roti tersebut dan meludahnya kembali untik diambil gambarnya sudah melampau batas, tidak kira dari segi agama Katolik atau dari segi akhlak mereka yang nampaknya tidak ubah seperti binatang. Perbuatan tidah bertanggungjawab ini amat mengejutkan saya kerana, roti tersebut merupakan simbol kesucian agama tersebut. Apa yang telah mereka lakukan adalah sama seperti merghina Kitab Suci Al-Quran. Simbol suci agama Katolik telah dihina, apa lagi yang perlu dikatakan? Apa lagi yang boleh dijelaskan? Sudah jelas yang mereka ini tidak menghormati agama lain dan tidak layak untuk digelar Rakyat Malaysia.
Dalam perlembagaan negara, telah dinyatakan dengan jelas yang kita semua perlu menghormati agama lain dan bertolak ansur. Peristiwa ini amat mengecewakan saya, rakyat Malaysia terutamanya sekali penganut agama Katolik dan penganut agama Islam sendiri.
Bukan media atau sesiapa yang menyebabkan nama baik agama Islam tercemar, tetapi penganut agama anda sendiri yang menyebabkannya. Saya berharap, editor Majalah Al-Islam menjelaskan kepada rakyat Malaysia, rasionalnya artikel tersebut diterbitkan.
Saya betul betul kecewa.
p.s: Artikel ini bukan ditulis dari sudut pandangan penganut agama Katolik ( saya bukan mengaunti agama tersebut) , tetapi dari sudut pandangan seorang rakyat Malaysia yang prihatin terhadap konsep 1Malaysia yang telah serba sedikit dibantutkan oleh artikel sebegini yang menghina agama lain. Saya berharap pihak berkuasa akan menyelesaikan masalah ini dengan ADIL dan SAKSAMA dan tidak menutup peristiwa ini dan menganggap seolah-olah tidak pernah berlaku.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: al-islam
Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz






Berhati-hatilah dengan orang yang berbicara agama demi mencapai tujuan atau objektifnya tersendiri. Fitrah manusia memang suka mencari nama, harta dan kedudukan. Jika tak boleh buat cara baik, dia akan buat cara tak baik, asalkan dapat apa yang dihajati.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Taubah 9:71]
hello..engkau penganut islam ker?isu sekarang bukan hendak mengintip atau memburukkan agama orang lain.isu sekarang ialah berkenaan dengan remaja melayu (orang islam)dan sebagai penganut islam tidak boleh menukar agama lain..kalau setakat belajar agama islam tingkatan 4 ,belum cukup lagi untuk memahami ajaran islam yang sebenar..cuba cari dan baca ‘mengapa saya menganut islam.’..mungkin anda akan faham kenapa wartawan tersebut membangkitkan isu tersebut.sebenarnya isu ini dah lama cuma ia melibatkan soal perkauman dan agama..
lupakanlah hal ni…ni kat malaysia..bising2 pun bukan ada tindakan dari pihak yg berwajar..silap2 kena heret I.S.A dan yang se-geng dengan nya..biarkan apa org nak buat.. to my fellow christians..’love your enemy and turn to the other cheek’.. kita di sini mgkn di buli..tapi kita kena ingat bahawa ada umat islam d negara lain yang lebih teruk di layan dan d buli… let us make a better world..jgn ikut perasaan.we explain wat they need to noe and we listen to wat they want to say..make a better world for all of us..Please
Hello. I am a Muslim and I couldn’t care less if a Malay wants to convert to another religion. What’s the difference if they stay a muslim but they don’t perform their prayers? I don’t understand what the Religious Dept are doing either. A “convert” committed suicide and they had a court order to bury him according to the Muslim rites when it is clear in the Quran that those who commit suicide, die as a non-muslim.
They’re fighting for the wrong reasons so let’s not join them cos our hands are tied. And I agree with our friend, let us make our country a better place.
saya linkan post awak ke blog saya sebagai rujukan, terima kasih atas penyebaran anda.
nk ckp ckit jep….
nPER KRISTEN KATE ISA ITU ANK Allah??
sedangkan Allah BOLEH ciptakan NAbi Adam TANPA MAK & AYAH!!!!
KALO ISA ITU ANAK Allah,mesti die ade sifat ‘ayahnya’….
Sedangkan isa itu sendiri TIDUR,MAKAN,MINUM,BERKHATAH,&BERJALAN CAM MANUSIE BIASE…
x layak bagi ALLAh ade sifat2 cam nie….
sbb Allah PENCIPTA sekalian ALAM….
ADAKAH SAME ‘PENCIPTA’ ngan ‘CIPTAAN’????
EXAMPLE,korang buat robot,adakah robot 2 boleh makan,minum,berak,kencing,
hatta buat seks skalipon cam kowang buat??
konklusinyer,sifat antara pencipta & ciptaan nie MESTI BERLAWANAN!!!
KALO X CAYE,check Bible kowang 2 dari awal sampai abis…
NABI ISA itu makan x???
minum x??
berkhatan x???
lu pikirlah sendiri!!!!
semoga kowan dapat HIDAYAT ….
AMIN….
Salam ! Malaysia.
Membaca artiket ini, saya agak tersentuh… Saya merupakan seorang Muslim yang convert dari Katolik. Walaupun sekarang ni saya berpegang teguh pada adama Islam, namun x semestinya saya membenarkan agama Kristian terutamanya Katolik dihina. Agama Katolik mengajar manusia saling mengasihi, menghormati dan tidak pernah menghina agama lain. Penyatuan dalam Katolik merupakan bukti utama keutuhan umatnya. Terpulanglah kepada individu untuk mentafsir tapi bukan dengan emosi. Saya percaya, banyak komenter yang mengomen mengikut kehendak hati. Pesan saya, dalamilah ajaran Kristian sebelum menyatakan apa2 komen. Agama Islam itu suci, tapi jika penganutnya tidak mengikuti apa yang dikehendakinya, Maka kafirlah juga.. Xda beza dengan yang lain. So marilah kita muhasaba diri. Konsep 1 Malaysia. Bebas beragama tapi jangan kacau agama orang lain. Bagi orang Islam yang ingin convert kepada Kristian, dalamilah ajaran Kristian dan bandingkan dengan Islam. Jangan sesekali menghina agama yang kita tinggalkan… sekian untuk ini…. tq.
seperti itulah wajah muslim malaysia
penuh kekhawatiran, rasa inferiority dan penuh rasa jealous kepada Kristian
Dalam kaum Kristian tak ada keinginan untuk menyelundup ke masjid karena kaum Kristian yakin dengan ajaran akidahnya sendiri
Mungkin setelah ini akan ada journalis muslim memasuki vihara atau temple….
Apa yang Muhammad ajarkan supaya memghormati nabi Isa tak pula mereka lakukan !
Bacalah baik2 ajaran Al Quran dahulu baharulah kalian faham ajaran Nabi Isa
sejarah berulang , ini kerja bukan sahaja dari orang Islam , perkara ini pernah dilakukan oleh snoucke hourgronje , menyamar jadi islam pergi ke Makkah , belajar Islam sebagai bekal untuk merebut Aceh dimasa lalu . orang ramai non Islam boleh tidak suka tapi , itulah juga yang mereka pernah perbuat. memang tidak di ajarkan dalam Islam mendatangi sesembahan orang lain , itulah sudah tanggung jawab orang tersebut
Hello supeno munir.. =) trmia kasih sebab komen. Saudara, non islam ade byk jenis utk pengetahuan anda.. Non islam ade India, Cina, Org puteh dan sbgnya. Saya x tau sape Snoucke, tapi apabila saudara ckp org non islam lain boleh x suka, tapi, ‘ITULAH YANG MEREKA PERNAH BUAT’, saya merasa saudara tidak faham yang issue skrg ni bukan pasal org lain pernah buat x, tapi isu skrg ni ialah pekara sebegini yg mejejaskan keharmonian ngr kita. Tak kesah la org lain pernah buat ke x, u nak ikut jugak ke? Org lain makan taik, u nak jugak? =.= no offence yo!
perlakuaanya berdoa,melutut dan sebgainya adalah perbuatan yang melanggar akidah.akidahnya di kira batal.perkara yang membatalkan akidah adalah melalui iktikad,perbuatan dan percakapan.maka jadikan sebgai pengajaran…jgn ikut perbuatan agama lain terutamanya sprti berlutut dan berdoa td kerana ia boleh membatalkan akidah..
minta maaf ya..sy ada nak komen daripada komen2 sebelum ni yang menyinggung hati saya yang mendorong saya untuk tampil pertahankan kebenaran..ok, islam mengajarkan supaya perlu menghormati agama lain..allah sendiri yang berfirman supaya menghormati agama lain.jgn salahkan islam klu islam itu seperti tak pandai mendidik..islam itu suci,benar, dan kami yakin dgnnya…awak perlu tahu,skrg ni ramai pengikut islam itu sendiri kurang ilmu pengetahuan ttg islam…dan ada juga yang jahil ttgnya…nama sj islam tp tak mengamalkan cara islam..cara barat pl di ikut..segala larangan dan apa yang disuruh oleh allah tak semua pengikutnya ikut k..itulah senang saja dihancurkan seperti buih di laut sana..
ttg wartawan tak beretika itu pada pandangan awak salah..ya,,itu memang salah..bukan sahaja kepada pihak kristian,tetapi dia juga salah pada islam kerana tidak ada hormatnya pada allah(tuhan sekalian alam) sampai sanggup pl berlutut..itu bukan jihad klu dalm masa yang sama dari segi perbuatnnya mengabdikan diri kepada tuhan yang lain selain allah..jelas2 takda ilmu pengetahuan ttg akidah..klu ada,takkan sampai melutut bgitu.so,jgn marah ttg kejahilannya sehingga membuatkan agama islam itu di jadikan punca berlakunya kurang etika tu..klu sy seorg wartawan islam,sy xkan buat apa dia buat..sebab sy tahu perkara membatalkan akidah saya..sbb saya sbgai islam..itu salah dia k..
begitu juga dgn pengikut kristian,tak semua beriman kan?ada yang buat salah juga kan?ada yang takda ilmu ttg kristian kan?bgitulah dgn pengikut islam zaman ini..
ttg copy n paste…kitab2 sebelum ni ada pengubahan oleh tangan2 manusia itu sendiri,maka turunlah al-quran yang diturunkan allah melalui nabi muhammad untuk membawa manusia kembali kepada jalan yang sebenarnya…kitab2 terdahulu sama sahaja isinya untuk mentauhidkan allah yang satu k, bgtu juga al-quran..
ttg kalimah allah…ya,kami akui kamu guna nama allah…ttapi ini malaysia agama rasminya islam yang percaya tiada tuhan selain allah..sdgkan kami sbg islam ada adab dalm menggunakan nama allah..dalam penulisan contohnya..nama allah yang telah ditulis didalam kertas tak boleh dibuang2 begitu sahaja.kena jaga dari di langkah orang..betapa sucinya allah itu sehinggakan ayat2nya tak boleh di buat sesuka hati..kami yang cintakan allah yang yakin allah itu satu,tidak beranak dan tidak diperanakaan tak sanggup nama allah dipergunakan sesuka hati oleh pihak yang bukan islam..sebab agama islam ini adalah agama kami yang benar…agama yang allah turunkan untuk umat sekarng ini termasuk awak semua k..kami yakin agama kami benar sebab itu kami pertahankan nama allah.kami yakin allah itu satu dan sejak dari nabi adam lagi tauhid ni diajarkan..
nak faham ttg agama kristian boleh,..ya..semua agama mengajar kepada benda baik kan…itu kita sudah sedia maklum,tp umat kristian sendiri kena juga faham ttg agama islam itu sendiri..buka tafsir quran dan baca sampai kamu faham ttg islam ini..
Hello Khai. Trima kasih sebab komen. =) Sy nak tanye, kalo batal akhidah maknaya ape?
akidah tu dalam bahasa arab adalh ikatan dan bahasa melayu adalah kepercayaan,dari segi syaraknya bermaksud ikatan keimanan yang kukuh, teguh, kuat dan mantap terhadap Allah SWT, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan beriman terhadap qadak dan qadar sama ada yang baik atau yang buruk semuanya datang dari Allah SWT,klu melangggar konsep akidah tu,lebih kurang maknanya batal keislamannya..kiranya di katakan sebagai terkeluar dari agama,
akidah tu terbatal di sebabkan 3 perkara td iaitu iktikad,perbuatan dan juga percakapan..
iktikad bermaksud meyakini dgn sebenar2nya ada tuhan selain allah,
perbuatan,iaitu perbuatn yang menyerupai agama lain dari segi ibadah.
percakapan,kata2 seperti penghinaan,ejekan dan sebagainya…
bila 3 perkara tadi dilanggar,maknanya seseorang tadi tidak percaya pada allah..cuma umat islam zman skrg ni yg takda ilmu ttgnya..itulah senang2 saja berlutut begitu tu..bagi kami kena bertaubat semula dgn sebenar2 taubat..allah terima tk terima,itu urusan allah..yang penting kembali semula kepada allah…
majalah al-islam ni klu awak nak tahu,ramai umat islam yang katakan ianya tidak bagus sebab mengelirukan dan bermcam2 lagi serta ada cerita-critanya yang dikatakan sesat..itu kata orang la..klu nak tahu pasal alislam tu,p la buka laman web berkaitan dgn al-islam ni k…
salam..
saya menyokong pendapat khai
islam xpernah mengajar benda2 buruk.
yang buruk adalah pembawa nya sahaja.
kami percaya,nabi Isa itu benar.anak tidak berbapa dan mukjizatnya adalah benar,
tetapi dia adalah masih manusia biasa,yang makan, dan minum. yang diberikan mukjizat dari Allah, dan wahyu untuk menyampaikan kepada umatnya.sama seperti rasul2 dan kitab mereka sebelumnya.injil, taurat, zabur.kami wajib percaya adanya kitab itu.
tetapi pengakhirannya, adalah Nabi Muhammad S.A.W dan mukjizatnya, Al Quran..Muhammad S.A.W walaupun sempurna sikapnya,masih manusia biasa,yang baik budi pekerti.,dan haram bagi kami menyembahnya, kerana dia masih seorang Makhluk ciptaan Allah.
percaya atau tidak, kaji sendiri Al Quran itu dengan teliti, dan saya jamin, tiada satu pun hukum didalamnya, jika diikuti dan dijalankan didunia, akan membawa padah.
dari sudut sains, mahupun agama..renung2kanlah..
Salam.
Tetiba tersurf ke sini sebab nk lawat majalah al-islam. Teremosi juga membaca ulasan adik flyguy ni tapi Alhamdulillah disejukkan dengan penjelasan adik Khai.
Semoga beroleh petunjuk dalam mencari kebenaran ..
Ida> Maaf kalo ade silap n salah =) x de niat. peace
salam satu Malaysia! Kita tidak perlu beremosi atas tindakan wartawan tersebut! Setiap anggota dalam satu satu masyarakat tentu ada rasa tanggungjawab terhadap komunitinya. Mengintip dan menyiasat sesuatu dakwaan atau kejadian adalah satu perkara yang mana mana wartawan pun biasa buat. Oleh kerana ada orang dakwa bahwa ramai remaja murtad maka wartawan al Islam telah mengintip untuk kepastian. Apa yang dia buat bukan salah bahkan boleh dikatakan perlu.
Pada saya itu adalah tugas seorang wartawan dan saya hormat beliau kerana kesnggupan beliau untuk menjalankan tugas tersebut. Tentang roti yang di luahkan itu pun bukanlah dosa besar sangat. Memang itu boleh menyinggung perasaan seseorang yang menhidangkannya. Tetapi kita perlu ingat ,makanan adalah sesuatu yang amat individual / personal. Apabila kita tidak rasa selesa maka apa salahnya kalau meluahkannya? takkan itupun nak marah?
Saya ada seorang kawan berbangsa Melayu yang memang tak boleh makan makanan ala Cina walaupun di masak oleh orang Melayu! Dan ada seorang kawan Mealayu kahwin dengan wanita India tetapi langsung tidak boleh makan masakan India, Kedai mamak pun tak boleh!
Saudara suami saya yang berbangsa Cina , bila mereka datang beraya di rumah kami , mereka pastikan tidak ada daging dalam makanan yang kami hidang untuk mereka. Bukan itu sahaja, bawang merah pun tak boleh campur dalam masakan mereka. Ini adalah disebabkan anutan agama mereka. Kita tidak boleh berkecil hati untuk perkara seperti ini, sebaliknya haruslah pandang perkara ini dengan hati yang terbuka. Wartawan AlIslam tidak bersalah jika beliau meluahkan roti yang di makan olehnya. Itu adalah satu ketidak selesaan dalam menjalankan tugas.
Islam mengajar toleransi agama. Islam melarang penganutnya menghina agama lain. Isu kalimah Allah tak perlu dibisingkan. Sudah lama pengant Kristian menggunakan kalimah itu. Di Indonesia, juga sabah kalimah Allah sudah sebati dengan penganut Kristian. Usah diperbesarkan perkara yang kecil.
p/s = memang wajar wartawan al-islam meminta maaf kepada pihak gereja, kerana perbuatannya menceroboh gereja. saya yakin pihak gereka akan izinkan kalau wartawan itu meminta kebenaran daripada pihak gereja.
shameel> Thanks for your comment. Stuju ngan u! Kalo kita bertoleransi dgn agama lain, we can live peacefully. Why disrespect other religion n create tension!
Janganlah kita percaya dari sesuatu berita yang disebarkan, sebelum kita mengetahui perkara yang sebenarnya… Kerana dunia akhir zaman pelbagai helah dan cara sulit digunakan untuk memesongkan akidah dan akhlak orang islam. Islam agama yang benar. .
high ctr theme…
[...]Majalah Al-Islam tidak beretika |[...]…
mp3 quran | Quran | Holy Quran…
[...]Majalah Al-Islam tidak beretika |[...]…